SeLoKa 4 IbnU RusHD

Posted: Friday, October 31, 2008 by Faris Hassani in

Assalamualaikum pembuka bicara,
Salam dihulur buat semua,
4 ibnu rushd empunya cerita,
Kisah pelik 29 orang putera.

Guru kelas gelaran diberi,
mengajar add math kegemaran kami,
orangnya cantik manis sekali,
teacher solehah empunya diri.

Wan firdaus ketua kami,
hidungnya mancung memikat hati,
sekali dipandang lekat dihati,
buat kerja asyik diperli.

Hafizzuddin penolong setia,
budak sivik kelas kami,
tanda kehadiran menjadi hobinya,
baca komik sungguh sekali.

Jaga muka penting sekali,
Abdullah fikri hemsem sekali,
bila belajar senyap sekali.

Ke hulu hilir setiap hari,
masuk kelas jarang sekali,
bob'setongkol'gelaran diberi,
bersama najib anak johari.

Dua sekawan duduk ditepi,
bab berbual menjadi hobi,
Zulhilmi dan Farhan nama diberi,
disertai Hassani pakar ICT.

Datang sekolah lewat sekali,
bab mapuh hebat sekali,
Nik Syafiq gerangan diberi,
Syafiq'Chong' gelaran diberi.

Tiba pula giliran Afiq,
budak berulang paling dibenci,
digelar belon kerana bucik,
buat lawak tak jadi-jadi.

Menganggu orang menjadi hobinya,
128 memori dimilki,
Sofiyullah empunya nama,
anak ustaz Razalai title dimiliki.

Membaca komik tiap-tiap hari,
dua sahabat rapat sekali,
main game tak henti-henti,
Amru dan Mudin empunyai diri.

Dua pelawak suka berjenaka,
sering bergaduh tak kira masa,
bila ditegur selamba sahaja,
Kebal dan Kewal sehati sejiwa.

Ini kisah sahabat kamcing,
kesana kemari asyik berdua,
bilik redaksi area ponteng,
Farid dan Alif itulah namanya.

Pengawas lara jawatan disandang,
seorang naqib,seorang bukan,
Syazwan'KN' jawatan dipegang,
Ahmad Zarif 'cikgu' khayalan.

Saifullah MTD gelaran diberi,
tidur didalam kelas menjadi hobi,
rakannya amir hebat sekali,
sekala tidur memang sejoli.

Ahmad Azam nama diberi,
naik motor terer sekali,
Atiq pula semat sekali,
duduk pula didepan sekali.

Time belajar tersengguk-sengguk,
sering tidur tak kira masa,
cikgu tanya angguk-angguk,
Akmal dan hakim empunya nama.

Kita singgah belakang sekali,
pelajar veteran kelas kami,
Faris Ayub 'GU' Mokhtar Dahari,
bersama Syamil rakan ditepi.

Dhiyaurrahman itulah namanya,
orangnya seponting biasa sahaja,
penyokong Arsenal setiap masa,
bercita-cita jadi jurutera.

Sorry banyak2 buat semua,
terngata termapuh dalam seloka,
buat ape nk gaduh2 sesama kita,
seloka ini hanya suka-suka.

Sebelum seloka hamba akhirkan,
dengan dulu ini wasiat,
siapa kutuk ini coretan,
akan disumpah menjadi lalat.

Tamat sudah seisi berseloka,
ampun maaf dipinta,
bukan mengata, hanya suka-suka,
kalau terasa padan muka......